Hubungi kami :
No. 3 Atas,
Jalan Datuk Bahaman 3,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur

tadbir@kogurutemerloh.com
Tel : 09-2961881
Fax : 09-2961042

Anda Pengunjung ke:

 
Free Counters for websites

Semak Emel Staf di sini
Semak mel



Maklumat Anggota
Kepada anggota Koguru, jika tidak keberatan, sila hantar maklumat anda di sini untuk memudahkan kami menghubungi anda di masa akan datang bagi segala urusan. Segala maklumat adalah sulit dan akan kami rahsiakan.
Terima kasih.

Pautan Laman
Laman Web ANGKASA
SKM

Sejarah Penubuhan

Koperasi ini telah ditubuhkan pada 23.Febuari 1967 dengan nombor sijil pendaftaran 4312. Nama asal koperasi ini ialah Sharikat Guru-Guru Lepasan Maktab/Pusat Latihan Harian Pahang Berkerja Sama-Sama Jimat Chermat dan Pinjaman Wang dengan Tanggongan Berhad.

Pada awalnya operasi koperasi berpusat di rumah Bendahari, Hj Abu Hashim bin Endut, manakala mesyuarat ALK diadakan di kantin sekolah setiausaha, Tn Hj Hassan bin Mohd Ali iaitu SK Bandar Temerloh atau di sekolah tempat bendahari bertugas iaitu SK Bandar Mentakab. ( sekarang SJKT Bandar Mentakab ).

Idea penubuhan koperasi ini telah dicetuskan oleh Encik Salleh bin Sani selaku pengerusi, Tn Hj Abu Hashim bin Endut, bendahari dan Hj Hassan bin Mohd Ali, setiausaha.

 

Pegawai yang pernah bertugas dalam menguruskan koperasi ialah;

Pengerusi : Salleh bin Sani

                  Hassan bin Mohd Ali  

                  Abd Jabbar bin Abu Kassim  

                  Jamaludin bin Tut

                  Abd Jalil bin Mohamad   

                  Mansor Ab Rahman

 

27.11.1995 – atas persetujuan Mesyuarat Agung untuk menggubal Undang-Undang Kecil, koperasi telah ditukar nama kepada Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab/Pusat Latihan Harian Pahang Berhad.

 

24.8.2004 – apabila Akta Koperasi 1993 dikuatkuasakan, nama koperasi ditukar lagi kepada Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab/Pusat Latihan Harian Pahang

( KOGURU) Berhad.


Pejabat Koperasi

1972 – 1976 – Koperasi telah menumpang di Pejabat JPK Temerloh yang terletak ditingkat bawah Pejabat JKR Temerloh.

Tahun 1970 yang beralamat di F 62 Jalan Tok Muda Awang Ngah, Temerloh.

Mac 2004, Koperasi telah berpindah ke pejabat sekarang yang beralamat di No 3 Jalan Dato Bahaman 3, Temerloh.

 

Mac 2004, Koperasi telah berpindah ke pejabat sekarang yang beralamat di No 3 Jalan Dato Bahaman 3, Temerloh.

Koperasi pernah mengalami zaman kegelapan hingga hampir dibatalkan penubuhannya akibat dari kebanyakan dokumen ditenggelami banjir besar pada tahun 1970-1971. Koperasi juga telah gagal mengadakan mesyuarat agungnya selama 6 tahun dari tahun penubuhannya. Umur koperasi telah menjangkau 40 tahun pada 2007, tetapi mesyuarat agung yang berjaya diadakan cuma sebanyak 33 kali sehingga tahun 2007.

 

Senarai anggota terawal


Nama                                     Status             


Salleh bin Sani                      Allahyarham

Abu Hashim bin Endut          Bekas Anggota

Hassan bin Mohd Ali             Bekas Anggota

Mohd Seth bin Hijas              Bekas Anggota

Jafar bin Esa                         Bekas Anggota

Zaitun bt Mahmud                  Bekas Anggota

Zaimah bt Dahuri                   Bekas Anggota

Jabbar bin Mohamad             Bekas Anggota

Hashim bin Othman              Bekas Anggota



ke atas

Laman Rasmi KOGURU